(1) Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
a) Kedatangan Parameswara
1. Selepas kejatuhan kerajaan
Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2. Majapahit kuasai Palembang dan
Temasik.
3. Raja Palembang &
puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di
Palembang
4. Majapahit menyerang Palembang,
5. Parameswara berundur ke Temasik.
6. Di Temasik, Parameswara disambut
baik Temagi
7. Temasik di bawah naungan Siam.
8. Parameswara menuntut hak pertuanan
Temasik kerana Temasik pernah jadi naungan Srivijaya.
9. Parameswara bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan
kegemilangan Srivijaya
11. Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i. Siam ingin menuntut bela,
ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12. Parameswara dan Orang Laut
berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13. Dari Muar – ke Sening Ujung dan
Bertam menuju ke utara.
14. Tiba di perkampungan nelayan.
15. Perkampungan nelayan didiami oleh
orang Melayu,, Orang Laut dan Orang Asli.
16. Tempat sesuai kerana berhampiran
laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17. Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk
kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18. Pokok bakau dan api-api menjadi
benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19. Muara sungai yang terlindung
daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.
(2) Asal-usul
nama Melaka.
a) Berasal daripada nama pokok.
1. Parameswara berehat di bawah pokok
Melaka – terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2. Peristiwa dianggap luar biasa
kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3. Tempat tersebut didirikan kerajaan
4. Menamakan nama Melaka sempena nama
pokok
1. Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah”
bermaksud “pertemuan”.
2. Melaka disebut “Malakat”
bermaksud “perhimpunan segala dagang”.
1. Pokok Melaka bahasa Sanskrit
dikenali “Amalaka”.
2. Menurut mitos Hindu, “Amalaka”
ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3. Pokok dikaitkan tempat kediaman
tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4. Buah pokok – dikatakan mempunyai
kuasa ajaib.
a) Sistem pemerintahan yang teratur.
1. Pembesar bertangungjawab hal ehwal
balairung seri.
2. 40 orang bentara – jalankan
perintah raja.
3. Biduanda kecil – bawa alat-alat
kebesaran diraja.
4. Biduanda dikenali sebagai budak
kundang, budak raja, juak-juak, hamba dan orang suruhan raja.
b) Kemudahan pelabuhan.
1. Kemudahan di pelabuhan – baiki
kapal,bekalan air
2. Sediakan tempat penginapan
1. Hubungan dgn Siam- elakkan Melaka
dari diserang
2. Hubungan diplomatik dengan Siam -
pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3. Hubungan dgn China terjalin
apabila Laksamana Yin Ching.datang
4. Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5. Parameswara memohon perlindungan
China.
6. Melaka menjadi negeri naungan China
7. Melaka hantar ufti.
8. Kerajaan China mengurniakan
payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian
9. Melaka hantar utusan ke negeri
China.
10. Hubungan Melaka dan China
menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11. Hubungan Melaka-China bangunkan
perdagangan.
1. jaga keselamatan perairan Melaka.
2. mempunyai ciri pahlawan
3. mahir bidang kelautan dan
selok-belok Selat Melaka
4. taat dan setia kepada sultan dan
kerajaan Melaka.
5. bantu bawa barang dagang ke kapal
pedagang .
6. bekalkan hasil laut untuk kegiatan
perdagangan
7. Menurut Tome Pires & de Barros
pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.
1. Parameswara dibantu oleh rakyatnya
:
i. Orang Melayu
ii. Orang Laut
iii. Orang Asli.
2. Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3. Orang Laut bekalkan hasil laut dan
menjaga keselamatan Selat Melaka.
4. Orang Melayu menjadi ketua-ketua
masyarakat
5. Orang Melayu dilantik sebagai
pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
- Parameswara bijak mengatur strategi.
- Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.
- Keyakinan dan kegigihan Parameswara telah membangunkan Melaka.
No comments:
Post a Comment